Perkataan fitnah merupakan perkataan arab yang membawa maksud ujian dan cubaan. Terdapat pelbagai tafsiran dan pendapat mengenai fitnah. Ibnu Manzur berkata: Al-Azhari dan lainnya berkata:“Asal makna fitnah adalah الإبتلاء (cubaan), الإمتحان (Ujian) dan الإختبار (ujian).”Ada juga yang menafsirkan fitnah adalah syirik kepada Allah swt. Firman Allah :
Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah agama itu semata-mata kerana Allah.kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang Yang zalim.
Huraian daripada ayat di atas, fitnah yang dimaksudkan dalam ayat di atas ialah syirik. Allah swt menyeru umat manusia supaya memerangi syirik sehingga tidak ada lagi syirik di muka bumi ini. Ramai umat Islam yang memandang rendah amalan syirik. Malah ada yang sanggup melakukan sesuatu yang sudah diketahui perkara itu berdosa asalkan dapat mengecapi impian dan memenuhi kehendak diri. Mereka lebih mempercayai makhluk selain daripada Allah s.w.t.
Umumnya, fitnah bukanlah satu fenomena yang baru wujud dalam masyarakat kita, malah fitnah telah menjadi permainan dan satu perkara yang seolah-olah wajib dilakukan oleh setiap orang. Pada zaman Rasulullah s.a.w, budaya fitnah ini telah menjadi satu perkara yang digemari oleh masyarakat munafiqun ketika itu. Jadi, tidak hairanlah sekiranya budaya ini juga menjadi kegemaran masyarakat kita pada hari ini. Malah, ada yang menjadikan golongan yang menabur fitnah ini sebagai ketua. Setiap kata-kata mereka mudah didengari dan dipercayai.Pada zaman dahulu, fitnah disebarkan melalui lisan dan penulisan yakni surat. Keadaan ini berbeza dengan zaman sekarang. Dengan kemajuan teknologi maklumat serta perkembangannya yang terlalu pesat, setiap berita, cerita, fitnah dan sebagainya dapat disebarkan dengan lebih mudah dan pantas. Malah ianya tersebar tanpa pengawasan daripada pihak yang berwajib.
“’Bagaimana seseorang bisa menjaga diri dari suatu bahaya, jika ia tidak mengetahui bahaya apa yang ia harus jaga dirinya darinya?”
Ramai dalam kalangan kita hanya mengetahui bahawa fitnah hanya boleh berlaku melalui lisan, penulisan. Sedarkah kita bahawa fitnah juga boleh berlaku dalam pelbagai bentuk dan tidak semestinya melalui lisan dan penulisan sahaja. Umumnya, masih ramai dalam kalangan masyarakat kita yang tidak dapat memahami maksud fitnah dengan tepat.Oleh karena itulah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda dan mengulangi sabdanya sampai tiga kali,
“Sesungguhnya orang yang berbahagia adalah orang yang dijauhkan dari fitnah-fitnah.”
Sabda Rasulullah s.a.w :
“Mengumpat ialah kamu menyebut sesuatu tentang saudaramu yang dia tidak suka. Para sahabat bertanya: bagaimana kalau yang diperkatakan itu benar berlaku pada saudara kami? Jawab Rasulullah s.a.w, jika apa yang kamu perkatakan itu benar maka kamu telah mengumpat saudara kamu. Tetapi sekiranya tidak benar, maka kamu telah melakukan pembohongan (fitnah) terhadapnya.”(Omar, 2005)
Berdasarkan hadis berkenaan, jelas bahawa baginda Rasulullah s.a.w tidak suka akan perbuatan mengumpat dan memburukkan orang lain. Walaupun apa yang diperkatakan itu adalah benar. Namun ianya tidak disukai oleh baginda kerana perbuatan tersebut boleh menjatuhkan maruah individu tersebut. Apatah lagi, sekiranya perkara yang diumpat itu tidak benar. Berlakulah pembohongan dan juga fitnah.
Media massa adalah saluran-saluran atau cara pengiriman bagi pesan-pesan massa ( (Richard West dan Lynn H. Turner, 2008). Menurut penulis ini lagi media massa ini berupa surat khabar, video, CD-ROM, komputer, TV, radio, dan sebagainya. Boleh juga dikatakan bahawa media massa ini merupakan alat komunikasi yang digunakan untuk meyampaikan sesuatu berita. Kemampuan media massa ialah dapat menyampaikan berita atau peristiwa yang berlaku jauh daripada tempat kita. Dengan kecanggihan teknologi dan perkembangan alat komunikasi pada zaman sekarang, pelbagai berita atau maklumat dapat disampaikan dengan begitu cepat dan pantas walaupun lokasi kejadian berada jauh dengan lokasi kita berada. Ianya dapat disalurkan dengan hanya mengambil masa yang singkat.
Media massa yang meliputi media cetak, media elektronik dan internet dikatakan mempunyai pengaruh yang amat kuat dalam kehidupan manusia, terutama kehidupan remaja. Fenomena wajib memiliki “smart phone” telah berlaku sekarang. Hampir semua remaja mampu memiliki “ smart phone” yang boleh melayari internet tanpa sempadan. Namun, sekiranya kemudahan ini disalah gunakan, ia akan mendatangkan kesan yang buruk kepada kehidupan manusia.
Fenomena ini menyebabkan nilai-nilai murni masyarakat semakin luntur dan berlakunya jenayah fitnah. Ia merupakan satu aktiviti yang tidak sehat,boleh berlaku tanpa sempadan serta tidak mengira waktu dan tempat. Jenayah ini dilakukan oleh individu yang tidak mempunyai kesedaran nilai-nilai murni dan tidak bertanggungjawab. Mereka boleh menyiarkan apa-apa saja maklumat tanpa mengambil kira kesahihan maklumat tersebut. Hal ini menjadi bertambah runsing apabila setiap maklumat yang disiarkan akan mendapat sambutan daripada pembaca-pembaca. Lebih menyedihkan ramai daripada kalangan pembaca akan berkongsi maklumat tersebut dengan pihak lain tanpa menganalisis kesahihan maklumat tersebut.
Budaya menyebarkan fitnah melalui alam siber seperti facebook, twitter, blog dan sebagainya telah menjadi satu kebiasaan dan semakin popular dalam kalangan masyarakat kita hari ini. Malah ianya turut menjadi satu kewajipan bagi sesetengah individu yang suka menyebarkan berita palsu dan panas.Tanpa disedari, budaya ini telah memberi kesan yang negatif dalam kalangan masyarakat dan mendatangkan keburukan kepada pelbagai pihak. Ramai pembaca yang kebanyakkan daripada mereka mengamalkan konsep setiap apa yang disiarkan dianggap betul dan tepat. Hal ini amatlah bahaya kerana mereka mempercayainya seratus peratus tanpa menyelidiknya terlebih dahulu,
Penyebaran fitnah dapat dilakukan dengan mudah dalam era komunikasi moden sekarang. Teknologi yang sepatutnya digunakan untuk tujuan kebaikan dan dakwah telah disalah gunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Kemudahan khidmat pesanan ringkas (sms), facebook, penulisan dalam blog, twitter dan email memudahkan penyebaran maklumat dapat dilakukan tanpa sempadan, tanpa perlu bersemuka, mudah dan kosnya sangat murah. Dengan kemudahan yang ada dan murah sebagai contoh khidmat pesanan ringkas (sms), whatsapp tidak memerlukan kos yang tinggi. Hanya memerlukan kos yang sangat rendah untuk menyebarkan maklumat.
Islam telah menggariskan peraturan yang ketat dalam menerima dan mempercayai maklumat yang disampaikan. Peraturan yang diwujudkan adalah untuk memastikan seseorang itu tidak terjerumus ke lembah fitnah. Apabila seseorang terperangkap dengan fitnah, secara tidak langsung aka ada pihak lain yang terlibat dan akan menyebabkan berlakunya pergaduhan dan perselisihan faham. Firman Allah swt dalam surah al-Nur ayat 13 :
“Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu.oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang Yang dusta.”
Jenayah fitnah yang telah berlaku pada era ini melalului media massa.
Kehidupan kita pada hari ini dihiasi dengan pelbagai nikmat dan hiasan hinggakan tanpa kita sedari nikmat dan hiasan itu boleh memakan diri sekiranya ia tidak dikawal dengan baik. Kemajuan teknologi komunikasi telah membuka peluang yang amat besar kepada individu tidak bertanggungjawab untuk menyebarkan berita palsu dan memalukan.Golongan seperti ini sentiasa menanti peluang dan ruang untuk mencapai keinginan mereka. Apabila sesuatu berita itu dapat disampaikan, mereka akan merasa puas.Kemajuan teknologi komunikasi yang begitu pesat dengan kemunculan laman-laman sosial seperti facebook, twitter, blog dan sebagainya akan mendatangkan kemusnahan pada manusia dan alam sekiranya ia tidak digunakan dengan betul. Sepatunya, sebagai seorang muslim kita harus menggunakan kemajuan teknologi komunikasi ini sebagai medan untuk berdakwah dan menyebarkan ilmu.Antara langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah fitnah ialah dengan mewujudkan sebuah badan khas yang menyelenggara atau menapis segala paparan di laman sesawang. Hal ini kerana laman sesawang telah menjadi medium utama pada masa kini untuk menyebarkan fitnah. Ini kerana sifatnya yang terbuka dan bebas tanpa sempadan berbanding media cetak. Apatah lagi konsep kebebasan bersuara dan hak asasi manusia yang diamalkan tanpa sekatan dalam internet itu sendiri membolehkan sesiapa sahaja menghantar atau menyiarkan sebarang maklumat sama ada benar atau tidak. Seandainya sebuah badan penapis atau pemantau diwujudkan, cerita-cerita yang tidak sepatutnya dapat dihalang untuk disiarkan, seterusnya mampu mengurangkan masalah fitnah.
(http://alfitrah.my/?p=1503
http: //eprints. utm.my /28729/4/ ZalehaYaacob MFP2010CHAP1.pdf)
https://www.google.com/search?q=artis+di+fithnah&espv=2&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=0ahUKEwjj7JTM0NPSAhWMT7wKHRF0BaYQ_AUIBigB&biw=1366&bih=638#tbm=isch&q=artis+difitnah&*&imgrc=kPkwMrVPt_KjdM:
JOIN NOW !!!
ReplyDeleteDan Dapatkan Bonus yang menggiurkan dari dewalotto.club
Dengan Modal 20.000 anda dapat bermain banyak Games 1 ID
BURUAN DAFTAR!
dewa-lotto.name
dewa-lotto.com