KEPERIHATINAN SOSIAL
Walaupun dalam nada yag berbeza-beza, rungutan terhadap sikap apati sebahagian manusia terhadap isu-isu sosial sering kedengaran. Kalangan pelajar sendiri apabila dihadapkan dengan persoalan ini, acapkali terpinga-pinga mencari jawapan. Selaku golongan yang bakal mewarisi kepemimpinan dalam pelbagai bidang kehidupan, kita perlu memahami masyarakatnya. Untuk itu, perlu ada keprihatinan atau kepekaan terhadap isu-isu dan masalah masyarakat. Tanpa keprihatinan sosial yang dipupuk di universiti dan pusat-pusat mengajian tinggi bagaimana mungkin mereka dapat memainkan peranan selaku pemimpin dan menangani pelbagai masalah masyarakat? Hujah yang mengatakan bahawa keprihatinan sosial akan terbentuk apabila mereka memegang jawatan dan menjalankan tugas masing-masing nanti adalah suatu hujah yang simplistic. Memang sesiapa sahaja mudah mengatakan bahawa jawatan yang dipegang dan tugas-tugas yang dilaksanakan merupakan suatu manifestasi keprihatinan dan tanggungjawab sosialnya walaupun hakikatnya dia mungkin “bekerja cari makan”. Keprihatinan sosial penting kerana sikap ini merupakan intipati dan asas kehidupan bermasyarakat. Keprihatinan sosial semakin penting ketika berlaku proses pemodenan atau perubahan pesat yang turut menghakis nilai-nilai utama (core values) dan amalan kolektif (tradisional) masyarakat. Terdapat pelbagai aspek yang ada didalam keperihatinan sosial antaranya ialah dari segi aspek agama, aspek bahasa, spek adat resam, aspek pakaian dan juga aspek kegiatan ekonomi.
Aspek Agama
Islam ialah agama yang mementingkan perpaduan dan hubungan baik antara manusia. Pada peringkat awal dalam sejarah perjuangan Nabi Muhammad SAW, Baginda telah meletakkan perpaduan sebagai asas dalam pembentukan masyarakat. aspek perpaduan dapat dilihat ketika Rasulullah SAW membuat satu perjanjian yang dikenali sebagai Piagam Madinah untuk mendirikan sebuah Negara yang menjadi pelindung kepada rakyat. Inti sari Piagam Madinah adalah seperti Kaum Yahudi hendaklah hidup berdamai dengan kaum Muslimin,kedua-dua pihak bebas mengamalkan ajaran masing-masing. Seterusnya, Kaum Muslimin dan Yahudi wajib mempertahankan kota Madinah daripada serangan musuh dan berkerjasama melawan sesiapa sahaja yang memerangi mereka dan perdamaian dengan pihak lain hendaklah mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak. Selain itu, Sesiapa yang tinggal di luar kota Madinah akan dilindungi kecuali orang yang zalim dan bersalah. Akhir sekali, Sekiranya timbul perselisihan antara kaum Yahudi dengan Muslim, maka penyelesaiannya hendaklah dirujuk kepada Allah SWT (al-Kitab) dan Rasulullah SAW yang merupakan pemimpin umum penduduk Madinah.
Aspek Bahasa
pendidikan bermula bersama-sama dengan wujudnya manusia selaras dengan hakikat bahawa bahasa merupakan unsur yang dimiliki manusia sejak zaman Nabi Adam a.s. Keunggulan berbahasa telah diajar oleh Rasullah SAW, di mana Baginda menjelaskan bahawa sesuatu komunikasi bergantung kepada yang berikut seperti Makna terhadap kata-kata yang diucapkan. Kata-kata yang keluar daripada mulut seseorang tidak terkecuali untuk dihisab atau dikira oleh Allah SWT dan setiap ucapan mempunyai kesannya. Oleh itu. Lidah perlulah dijaga supaya tidak mendatangkan keburukan dalam hidup bermasyarakat. Sebagai contoh, kita perlulah menjaga adab dan bahasa kita kerana apa sahaja yang keluar dari mulut kita mencerminkan peribadi kita.
Aspek Adat Resam
Ketinggian peribadi dan keunggulan masyarakat bergantung kepada keupayaan mereka menghormati orang lain serta budaya mereka. Insan yang terhormat ialah orang yang menghormati adat resam dan kesopanan dalam kehidupan bermasyarakat, kepercayaan, tradisi dan adat istiadat orang lain. Sebagai contoh, dalam ajaran Islam, seseorang itu digalakkan agar sentiasa menghomati tetamu sehinggakan menjadi kewajipannya untuk menyediakan ruang rehat dan layanan yang baik,makanan yang cukup serta menghantar mereka pulang dengan perasaan yang gembira.
Aspek Pakaian
Islam secara jelas telah menggariskan panduan untuk umat Islam dalam tatacara berpakaian. Antara adab-adab berpakaian yang terdapat dalam Islam adalah seperti Lelaki tidak dibenarkan memakai pakaian daripada sutera. Seterusnya, Pakaian tidak melebihi buku tali. Pada dasarnya, larangan ini adalah kerana menghindar daripada perasaan takbur dan riak. Khusus bagi wanita hendaklah menutup tumitnya atau melabuhkan pakaiannya. Selain itu, Digalakkan memakai pakaian berwarna putih kerana kelihatan bersih, namun seseorang itu masih boleh memakai pakaian yang berwarna lain dan lelaki tidak dibenarkan memakai pakaian wanita dan begitu juga sebaliknya.
Aspek Kegiatan Ekonomi
Perniagaan atau kegiatan ekonomi merupakan satu usaha murni dalam memenuhi keperluan kehidupan individu serta masyarakat terutamanya dalam masyarakat Islam. Antara etika dan adab perniagaan atau bermuamalah dalam Islam adalah seperti Peniaga atau pengusaha perlu beriman, bertakwa, memiliki ilmu dan kemahiran dalam bidang yang diceburi, amanah dan dedikasi. Selain itu, bahan perniagaan mesti baik, halal, berkualiti dan mendatangkan manfaat. Setrusnya, Mengurus perniagaan secara adil, jujur dan mengikut syariat Islam dan juga Sumber kewangan yang halal. Akhir sekali, Matlamat perniagaan adalah untuk membina masyarakat bahagia dan diredai Allah.
Kesimpulan yang dapat dirumuskan dalam keperihatinan sosial ialah keperihatinan sosial sejak awalnya sudah wujudkan untuk meneroka dan menyebar ilmu, menjadi medan perbahasan dan pertembungan pelbagai gagasan dan pemikiran, memupuk dan mengembangkan daya intelektual serta menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat. Malahan, apa yang dikatakan kecemerlangan dan keunggulan negara terletak pada taraf keperihatianan sosial yang tinggi. Di sinilah keprihatinan sosial itu diperlukan kerana ia memberi makna kepada kewujudanya tengah-tengah masyarakat. Jika universiti dapat diibaratkan sebagai tanah subur maka keprihatinan sosial pula benih-benih yang wajar bercambah untuk memanfaatkan pelajar dan masyarakat sekitarnya.
No comments:
Post a Comment