Monday, March 13, 2017

KONSEP PERSAUDARAAN


PENGENALAN
Ukhuwah atau persaudaraan berasal daripada Bahasa arab , iaitu ‘akhun’ yang bermaksud saudara , kawan , teman atau sahabat . Melalui firman Allah SWT didalam Surah Al-Hujurat 49:10 , Tajul  Ariffin (2014) berpendapat bahawa ukhuwah itu merangkumi perasaan kasih sayang dan cinta sesama umat islam . Persaudaraan  boleh terjadi melalui tiga cara , iaitu , kelahiran , susuan dan akidahPersaudaraan menerusi kelahiran merujuk orang yang berkongsi ayah dan ibu , iaitu saudara kandung .Persaudaraan juga terjadi menerusii perkahwinan yang seterusnya ( ibu bapa) yang disebut sebagai keluarga tiri. Menurut Mahmud Muhammad Babeli (2002) saudara juga boleh terjadi menerusi penyusuan yang dikenali sebagai saudara susuan . Kesan daripada hubungan inilah , lahirnya ungkapan “saudaraku” atau “wahai saudaraku” apabila mereka memanggil orang yang dikenali.Persaudaraan menerusi akidah pula iaitu persaudaraan atas perkongsian akidah. Hubungan sebegini disebut sebagai “saudara seagama” atau “ saudara di sisi tuhan “ .

ISI DAN HURAIAN
Islam menggesa umatnya memperkukuhkan hubungan persaudaraan dalam kalangan persaudaraan dalam kalangan umatnya . Untuk merealisasikan konsep persaudaan dalam Islam ini beberapa perkara perlu dilaksanakan seperti yang berikut seperti Kasih Sayang dan Benci hanya kerana Allah SWT . Persahabatan dan persaudaraan bukanlah semata-mata untuk tujuan berseronok ketika berkumpul , saling berkongsi rezeki di kedai kopi dan sebagainya kerana mereka yang jahil juga berbuat demikian sesama rakan atau saudara mereka . Persaudaraan yang sebenar ialah perhubungan erat antara satu jiwa yang lain sehingga dapat menenangkan dan mendamaikan hati antara mereka di samping saling berpesan dan menasihati demi kebaikan dan kebenaran .
 Selain itu kita harus mengutamakan orang lain . Sikap mengutamakan orang lain hanya boleh berlaku dengan keikhlasan dan kerelaan hati . Seseorang itu mencintai orang lain lebih daripada dirinya sendiri . Hal ini merupakan tahap kerjasama yang tinggi kerana kerjasama sebegitu wujud menerusi sifat saling membantu antara satu sama lain . sikap ini dipandang tinggi  kerana seseorang yang mengutama orang lain biasanya akan memberi haknya atau kepentingannya demi mencari keredhaan Allah SWT tanpa mengharap balasan  bagi amalannya .
Kita juga harus ada sifat belas kasihan , kehidupan di dunia perlu mempunyai perasaan belas kasihan sesama makhluk . Perasaan belas kasihan merujuk perasaan sungguh bertimbang rasa dan hiba terhadap seseorang yang malang . Sifat ini akan menjadikan  umat islam sebagai umat yang berjaya kerna dengan sifat inilah gejala penindasan dan  perasaan dendam sesama umat islam dapat dihindar .Saling menasihati antara satu sama lain adalah salah satu konsep persaudaraan  dalam Islam . Kekuatan umat islam adalah bergantung kepada sejauh mana umatnya saling berpesan dan ingat-mengingati tentang perkara- perkara kebaikan . Antara adab ketika memberi nasihat seperti niat yang baik , memberi nasihat tanpa diminta ,  memberi nasihat dengan cara yang baik , memberti nasihat secara umum dalam agama dan dunia dan nasihat secara tertutup .
Akhir sekali saling membantu sesama islam . Kemanisan  dalam persaudaraan dapat dibuktikan apabia perbuatan tolong- menolong sesama insan itu dilaksanakan dalam keadaan senang atau susah . Sesebuah ikatan persaudaraan menjadi hebat  apabila mereka  mampu
berkongsi sama ada perkara yang gembira mahupun sedih , namun , konsep ini sudah semakin jauh dan tenggelam daripada kehidupan umat islam .

Kesimpulan
Dalam pandangan hidup Islam, setiap Muslim adalah bersaudara. Maka, adalah penting untuk kita menyuburkan persaudaraan tersebut. Persaudaraan itu dapat disuburkan dengan pelbagai cara, antaranya mendoakan sesama Muslim, memberikan salam, senyum, berjabat tangan bila bertemu, tolong-menolong dalam perkara kebaikan, menjaga kehormatan dan menyuburkan persaudaraan tersebut dengan kasih-sayang.
Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari, Rasulullah SAW bersabda “bahawa kesempurnaan iman seorang Muslim ada kaitannya dengan rasa kasihnya terhadap sesama Muslim yang lain”.
Malah, dalam hadis lain (hadis riwayat Abu Daud) pula, “Rasulullah SAW menasihati seorang Muslim yang amat menyayangi sahabat seagamanya agar menyatakan perasaan tersebut kepada saudaranya itu.”
Begitulah tingginya kasih-sayang serta persaudaraan Islam dalam pandangan hidup Islam. Oleh itu, sama-samalah kita mengeratkan kembali persaudaraan sesama Muslim. Malah, dengan berada di tempat pengajian kita mempunyai lebih peluang untuk mengeratkan persaudaraan itu. Inilah masanya kita memohon maaf sesama kita dan mengeratkan semula hubungan dengan saling kunjung-mengunjungi sesama kita. Ambillah peluang yang terbentang ini. Maafkanlah pertelingkahan dan salah-faham yang lalu. Kunjung-mengunjung sesama kita, tanyakan khabar dan eratkan kembali persaudaran yang semakin longgar. 



 Rujukan :  
Buku Komunikasi Dan Penyiaran dalam Islam m/s 104-109



KONSEP PERKAUMAN



PENDAHULUAN
Isu-isu perkauman bermaksud isu-isu yang melibatkan hubungan antara kaum dalam aspek penggunaan bahasa, dimensi agama, tingkah laku sosial, perlakuan fizikal, sektor pekerjaan, perbuatan buli, penulisan dan literatur, rasisme dan seumpamanya. Dalam konteks Malaysia, isu-isu sensitif pula membawa erti isu-isu yang melibatkan perkara-perkara yang sensitif dalam Malaysia berkaitan dengan hak-hak keistimewaan Melayu, status Bumiputera, kontrak sosial, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, sistem kuota dan perkara-perkara stereotype.



HURAIAN

Isu-isu ini tidak boleh dibahaskan, didebatkan atau dibincangkan secara terbuka kerana ia akan membawa kepada api permusuhan hasil daripada perasaan kurang senang dan tidak berpuas hati. Isu-isu sensitif ibarat api dalam sekam yang menyala dalam diam-diam hingga boleh membawa kepada kebakaran. Ini juga adalah salah satu sebab yang bakal membawa kepada insiden konflik atau pergaduhan antara kaum. Isu-isu perkauman dan isu-isu sensitif juga melibatkan perlakuan memperlekehkan dan merendah-rendahkan kaum lain serta mempertikaikan hak orang lain. Termasuk juga dalam ruang lingkup tafsiran isu perkauman dan isu sensitif ialah ucapan, perbuatan, perkataan, penerbitan atau sebarang cara yang boleh ditafsirkan sebagai kecenderungan menghasut (Akta Hasutan 1948).

Isu-isu perkauman dan isu-isu sensitif boleh menggugat perpaduan dan kesepakatan antara kaum, mewujudkan huru-hara dan ancaman ketenteraman awam, mencetuskan konflik dan perselisihan kaum dan konflik antara agama, mewujudkan suasana prejudis, prasangka, dan hubungan tidak baik antara kaum, menghilangkan semangat toleransi, menimbulkan suasana tidak aman serta mengurangkan persefahaman bangsa berbilang kaum. Kesemua elemen-elemen negatif ini akan mengganggu-gugat keharmonian hubungan antara kaum sehingga menjejaskan perpaduan, menghilangkan kesedaran tentang kepentingan hubungan antara kaum, merencatkan keselesaan rakyat pelbagai kaum agar dapat hidup dengan harmoni dan mengusutkan hubungan interaksi antara agama dan budaya.

CONTOH

Perlaksanaan dasar pecah dan perintah Inggeris telah mengeruhkan perpaduan masyarakat di Tanah Melayu. Pengelasan kaum merujuk pekerjaan dan sistem pelajaran yang berbeza mengelakkan interaksi antara penduduk di Tanah Melayu yang terdiri daripada 3 rumpun utama iaitu bangsa Melayu, Cina dan India. Melalui dasar ini orang Melayu kebanyakannya menetap di kawasan luar bandar (kampung) dan bekerja sebagai nelayan dan petani, orang Cina menetap di kawasan bandar dan kawasan perlombongan serta bekerja sebagai peniaga dan pelombong bijih timah, manakala orang India kebanyakannya tinggal di kawasan ladang-ladang dan bekerja sebagai buruh, secara tidak langsung telah mewujudkan perasaan curiga mencurigai antara satu sama lain yang merupakan bom jangka yang menjadi teras peristiwa 13 Mei 1969.
     Peristiwa berdarah yang berlaku pada 13 Mei 1969 telah mendedahkan manifestasi sebenar perasaan tiga etnik yang terbesar di Malaysia. Semenjak negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, didapati bangsa Melayu masih tertinggal jauh dari segi penguasaan ekonomi dan pendidikan di Tanah Melayu memandangkan majoriti orang Melayu tinggal di luar bandar. Manakala orang Cina pula lebih terkehadapan dengan menguasai bidang perniagaan dan bidang ekonomi lain memandangkan mereka tinggal di kawasan bandar dan menguasai kawasan perlombongan.
Lantas timbul kesedaran di kalangan orang Melayu yang dapat merasakan bahawa mereka telah tertinggal dan tertindas di bumi sendiri akibat kemiskinan. Bagi masyarakat Cina dan India pula, mereka bimbang tentang syarat-syarat hak kerakyatan walaupun sebahagian daripada mereka telah bersedia untuk menumpahkan kesetiaan kepada Tanah Melayu.
Bagi masyarakat Cina yang terdiri dari golongan yang kaya, bersiap sedia untuk mengambil Tanah Melayu kerana beranggapan bahawa merekalah yang banyak memberikan sumbangan terhadap kemajuan Tanah Melayu, bukannya orang Melayu sendiri. Orang India pula tidak terlibat dengan tragedi tersebut. Hal ini tidak dinafikan kerana pada ketika itu, orang Melayu masih lagi dengan 'kampung dan bercucuk tanam', dan dilemahkan dengan dunia hiburan.



Penutup

Sebagai penutup, topik yang dibincangkan iaitu “isu perpaduan dan perkauman kaum”, kita dapat lihat dimana banyak masalah akan timbul ekoran tidak wujudnya persepakatan padu di antara kaum. Sejak Negara kita mencapai kemerdekaan sejak 53 tahun lalu, banyak cabaran dan dugaan yang telah dilalui oleh negara dan yang paling utama diantaranya adalah mewujudkan perpaduan dikalangan kaum yang pelbagai ini. Peristiwa hitam 13 Mei 1969 dan peristiwa penjajah inggeris yang membuat dasar pecah dan perintah haruslah diambil sebagai pengajaran dalam mewujudkan persepakatan diantara kaum. Semua masyarakat haruslah berganding bahu dalam membantu mewujudkan Negara yang harmoni. “Malaysia truly Asia”

            Hubungan etnik yang mantap sangat perlu dalam kalangan rakyat sesebuah negara yang mempunyai kepelbagaian dari segi agama, bahasa, budaya dan etnik. Persoalan hubungan etnik, perpaduan dan integrasi amat penting bagi mewujudkan       kestabilan politik dan seterusnya pembangunan negara berjalan rancak tanpa sebarang gangguan. Perpaduan dan Integrasi penting supaya tenaga negara dapat disalurkan kepada memajukan negara daripada digunakan untuk menyelelsaikan masalah yang wujud daripada kepelbagaian etnik.




Reference :
Buku Komunikasi dan Penyiaran dalam Islam m/s 118-119



PENYEBARAN FITNAH

PENDAHULUAN
Perkataan fitnah merupakan perkataan arab yang membawa maksud ujian dan cubaan. Terdapat pelbagai tafsiran dan pendapat mengenai fitnah. Ibnu Manzur berkata: Al-Azhari dan lainnya berkata:“Asal makna fitnah adalah الإبتلاء (cubaan), الإمتحان (Ujian) dan الإختبار (ujian).”Ada juga yang menafsirkan fitnah adalah syirik kepada Allah swt. Firman Allah :
Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah agama itu semata-mata kerana Allah.kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang Yang zalim.
Huraian daripada ayat di atas, fitnah yang dimaksudkan dalam ayat di atas ialah syirik. Allah swt menyeru umat manusia supaya memerangi syirik sehingga tidak ada lagi syirik di muka bumi ini. Ramai umat Islam yang memandang rendah amalan syirik. Malah ada yang sanggup melakukan sesuatu yang sudah diketahui perkara itu berdosa asalkan dapat mengecapi impian dan memenuhi kehendak diri. Mereka lebih mempercayai makhluk selain daripada Allah s.w.t.

Umumnya, fitnah bukanlah satu fenomena yang baru wujud dalam masyarakat kita, malah fitnah telah menjadi permainan dan satu perkara yang seolah-olah wajib dilakukan oleh setiap orang. Pada zaman Rasulullah s.a.w, budaya fitnah ini telah menjadi satu perkara yang digemari oleh masyarakat munafiqun ketika itu. Jadi, tidak hairanlah sekiranya budaya ini juga menjadi kegemaran masyarakat kita pada hari ini. Malah, ada yang menjadikan golongan yang menabur fitnah ini sebagai ketua. Setiap kata-kata mereka mudah didengari dan dipercayai.Pada zaman dahulu, fitnah disebarkan melalui lisan dan penulisan yakni surat. Keadaan ini berbeza dengan zaman sekarang. Dengan kemajuan teknologi maklumat serta perkembangannya yang terlalu pesat, setiap berita, cerita, fitnah dan sebagainya dapat disebarkan dengan lebih mudah dan pantas. Malah ianya tersebar tanpa pengawasan daripada pihak yang berwajib.
Bagaimana seseorang bisa menjaga diri dari suatu bahaya, jika ia tidak mengetahui bahaya apa yang ia harus jaga dirinya darinya?
Ramai dalam kalangan kita hanya mengetahui bahawa fitnah hanya boleh berlaku melalui lisan, penulisan. Sedarkah kita bahawa fitnah juga boleh berlaku dalam pelbagai bentuk dan tidak semestinya melalui lisan dan penulisan sahaja. Umumnya, masih ramai dalam kalangan masyarakat kita yang tidak dapat memahami maksud fitnah dengan tepat.Oleh karena itulah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda dan mengulangi sabdanya sampai tiga kali,
Sesungguhnya orang yang berbahagia adalah orang yang dijauhkan dari fitnah-fitnah.
Sabda Rasulullah s.a.w :
“Mengumpat ialah kamu menyebut sesuatu tentang saudaramu yang dia tidak suka. Para sahabat bertanya: bagaimana kalau yang diperkatakan itu benar berlaku pada saudara kami? Jawab Rasulullah s.a.w, jika apa yang kamu perkatakan itu benar maka kamu telah mengumpat saudara kamu. Tetapi sekiranya tidak benar, maka kamu telah melakukan pembohongan (fitnah) terhadapnya.”(Omar, 2005)
Berdasarkan hadis berkenaan, jelas bahawa baginda Rasulullah s.a.w tidak suka akan perbuatan mengumpat dan memburukkan orang lain. Walaupun apa yang diperkatakan itu adalah benar. Namun ianya tidak disukai oleh baginda kerana perbuatan tersebut boleh menjatuhkan maruah individu tersebut. Apatah lagi, sekiranya perkara yang diumpat itu tidak benar. Berlakulah pembohongan dan juga fitnah.
Media massa adalah saluran-saluran atau cara pengiriman bagi pesan-pesan massa ( (Richard West dan Lynn H. Turner, 2008). Menurut penulis ini lagi media massa ini berupa surat khabar, video, CD-ROM, komputer, TV, radio, dan sebagainya. Boleh juga dikatakan bahawa media massa ini merupakan alat komunikasi yang digunakan untuk meyampaikan sesuatu berita. Kemampuan media massa ialah dapat menyampaikan berita atau peristiwa yang berlaku jauh daripada tempat kita. Dengan kecanggihan teknologi dan perkembangan alat komunikasi pada zaman sekarang, pelbagai berita atau maklumat dapat disampaikan dengan begitu cepat dan pantas walaupun lokasi kejadian berada jauh dengan lokasi kita berada. Ianya dapat disalurkan dengan hanya mengambil masa yang singkat.
Media massa yang meliputi media cetak, media elektronik dan internet dikatakan mempunyai pengaruh yang amat kuat dalam kehidupan manusia, terutama kehidupan remaja. Fenomena wajib memiliki “smart phone” telah berlaku sekarang. Hampir semua remaja mampu memiliki “ smart phone” yang boleh melayari internet tanpa sempadan. Namun, sekiranya kemudahan ini disalah gunakan, ia akan mendatangkan kesan yang buruk kepada kehidupan manusia.
Fenomena ini menyebabkan nilai-nilai murni masyarakat semakin luntur dan berlakunya jenayah fitnah. Ia merupakan satu aktiviti yang tidak sehat,boleh berlaku tanpa sempadan serta tidak mengira waktu dan tempat. Jenayah ini dilakukan oleh individu yang tidak mempunyai kesedaran nilai-nilai murni dan tidak bertanggungjawab. Mereka boleh menyiarkan apa-apa saja maklumat tanpa mengambil kira kesahihan maklumat tersebut. Hal ini menjadi bertambah runsing apabila setiap maklumat yang disiarkan akan mendapat sambutan daripada pembaca-pembaca. Lebih menyedihkan ramai daripada kalangan pembaca akan berkongsi maklumat tersebut dengan pihak lain tanpa menganalisis kesahihan maklumat tersebut.
Budaya menyebarkan fitnah melalui alam siber seperti facebook, twitter, blog dan sebagainya telah menjadi satu kebiasaan dan semakin popular dalam kalangan masyarakat kita hari ini. Malah ianya turut menjadi satu kewajipan bagi sesetengah individu yang suka menyebarkan berita palsu dan panas.Tanpa disedari, budaya ini telah memberi kesan yang negatif dalam kalangan masyarakat dan mendatangkan keburukan kepada pelbagai pihak. Ramai pembaca yang kebanyakkan daripada mereka mengamalkan konsep setiap apa yang disiarkan dianggap betul dan tepat. Hal ini amatlah bahaya kerana mereka mempercayainya seratus peratus tanpa menyelidiknya terlebih dahulu,
Penyebaran fitnah dapat dilakukan dengan mudah dalam era komunikasi moden sekarang. Teknologi yang sepatutnya digunakan untuk tujuan kebaikan dan dakwah telah disalah gunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Kemudahan khidmat pesanan ringkas (sms), facebook, penulisan dalam blog, twitter dan email memudahkan penyebaran maklumat dapat dilakukan tanpa sempadan, tanpa perlu bersemuka, mudah dan kosnya sangat murah. Dengan kemudahan yang ada dan murah sebagai contoh khidmat pesanan ringkas (sms), whatsapp tidak memerlukan kos yang tinggi. Hanya memerlukan kos yang sangat rendah untuk menyebarkan maklumat.
Islam telah menggariskan peraturan yang ketat dalam menerima dan mempercayai maklumat yang disampaikan. Peraturan yang diwujudkan adalah untuk memastikan seseorang itu tidak terjerumus ke lembah fitnah. Apabila seseorang terperangkap dengan fitnah, secara tidak langsung aka ada pihak lain yang terlibat dan akan menyebabkan berlakunya pergaduhan dan perselisihan faham. Firman Allah swt dalam surah al-Nur ayat 13 :
“Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu.oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang Yang dusta.”
Jenayah fitnah yang telah berlaku pada era ini melalului media massa.




KESIMPULAN
Kehidupan kita pada hari ini dihiasi dengan pelbagai nikmat dan hiasan hinggakan tanpa kita sedari nikmat dan hiasan itu boleh memakan diri sekiranya ia tidak dikawal dengan baik. Kemajuan teknologi komunikasi telah membuka peluang yang amat besar kepada individu tidak bertanggungjawab untuk menyebarkan berita palsu dan memalukan.Golongan seperti ini sentiasa menanti peluang dan ruang untuk mencapai keinginan mereka. Apabila sesuatu berita itu dapat disampaikan, mereka akan merasa puas.Kemajuan teknologi komunikasi yang begitu pesat dengan kemunculan laman-laman sosial seperti facebook, twitter, blog dan sebagainya akan mendatangkan kemusnahan pada manusia dan alam sekiranya ia tidak digunakan dengan betul. Sepatunya, sebagai seorang muslim kita harus menggunakan kemajuan teknologi komunikasi ini sebagai medan untuk berdakwah dan menyebarkan ilmu.Antara langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah fitnah ialah dengan mewujudkan sebuah badan khas yang menyelenggara atau menapis segala paparan di laman sesawang. Hal ini kerana laman sesawang telah menjadi medium utama pada masa kini untuk menyebarkan fitnah. Ini kerana sifatnya yang terbuka dan bebas tanpa sempadan berbanding media cetak. Apatah lagi konsep kebebasan bersuara dan hak asasi manusia yang diamalkan tanpa sekatan dalam internet itu sendiri membolehkan sesiapa sahaja menghantar atau menyiarkan sebarang maklumat sama ada benar atau tidak. Seandainya sebuah badan penapis atau pemantau diwujudkan, cerita-cerita yang tidak sepatutnya dapat dihalang untuk disiarkan, seterusnya mampu mengurangkan masalah fitnah.

(http://alfitrah.my/?p=1503
http: //eprints. utm.my /28729/4/ ZalehaYaacob MFP2010CHAP1.pdf)

https://www.google.com/search?q=artis+di+fithnah&espv=2&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=0ahUKEwjj7JTM0NPSAhWMT7wKHRF0BaYQ_AUIBigB&biw=1366&bih=638#tbm=isch&q=artis+difitnah&*&imgrc=kPkwMrVPt_KjdM:


KESANTUNAN BAHASA

KESANTUNAN BAHASA
Kesantunan berbahasa dapat didefinisikan sebagai sifat lemah-lembut , bersopan santun dan mempunyai kehalusan budi pekerti yang dimiliki oleh seseorang penutur apabila berbahasa atau berkomunikasi dengan sesiapa sahaja menggunakan bahasa yang sopan dan beradab.

Lima kepentingan aspek kesantunan berbahasa ialah mengandungi nilai hormat yang tinggi , kosa kata halus dan bertatasusila, tidak menyinggung perasaan orang lain apabila bertutur, melambangkan kesantunan budi, kehalusan dan kesopanan tingkah laku penutur, mencerminkan akal budi seseorang atau anggota masyarakat serta kesantunan berbahasa melambangkan warisan bangsa melalui penghasilan karya sajak serta pantun.

HURAIAN ISI
Kesantunan berbahasa yang mengandungi nilai hormat yang tinggi menunjukkan komunikasi antara penutur memerlukan kesopanan yang tinggi. Hal ini kerana apabila seseorang individu bertutur dengan individu lain, akan menimbulkan perasaan hormat kepada rakan. Bagi kelompok masyarakat pula, kesantunan berbahasa amat penting bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni, saling bertolak-ansur serta dapat mewujudkan kerjasama. Tambahan pula, negara akan disanjung oleh negara-negara luar kerana rakyat yang mendiami negara tersebut mempunyai kesantunan berbahasa dalam berkomunikasi. Secara tidak langsung, bilangan pelancong juga akan berminat untuk mempelajari bahasa yang dituturkan.

Selain itu, kepentingan kesantunan berbahasa ialah mempunyai kosa kata yang halus dan bertatasusila. Hal ini menunjukkan pengunaan kosa kata amat penting dalam berkomunikasi. Ia juga akan dapat mengeratkan lagi hubungan sesama insan. Sebagai contoh, pengerusi yang mengendalikan sesebuah majlis mengucapkan “selamat pagi dan salam sejahtera kepada def-def kehormat, tuan puan serta hadirin hadirat yang dihormati sekalian.” Suasana majlis juga akan menjadi tenang dan berjalan lancar.

Tambahan pula, melalui kesantunan berbahasa juga, kita tidak akan menyinggung perasaan orang lain. Hal ini menggambarkan nilai hormat dan memahami perasaan seseorang individu. Sebagai contoh, apabila kita menegur seseorang, tegurlah dengan kata yang sopan agar dia tidak tersinggung dengan teguran kita.

Aspek kesantunan berbahasa juga melambangkan warisan bangsa. Melalui penghasilan karya-karya sajak, pantun, syair, gurindam dan lain-lain lagi. Maksud tersirat melalui penghasilan karya dapat difahami dengan jelas dan membolehkan seseorang individu mengambil iktibar dan menjadikan sebagai kata-kata ransangan diri.
Melalui pertuturan bahasa melayu juga, seseorang akan tidak dianggap sebagai seorang yang biadab atau tidak beradab sekiranya menggunakan bahasa yang sopan dan menekankan aspek kesantunan berbahasa dalam pertuturan seharian.
Tambahan pula, kesantunan bahasa menggambarkan orang melayu mementingkan serta mengutamakan adab dan nilai-nilai murni di dalam pertuturan. Sebagai contoh, dengan menggunakan gelaran untuk menghormati orang yang lebih tua daripada kita. Selain itu, seseorang perlulah berjabat tangan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim yang terjalin.
Selain itu, melalui kesantunan berbahasa juga melambangkan sebagai satu bahasa yang indah dan mempunyai peradaban. Kesantunan berbahasa juga dapat diterapkan melalui slogan-slogan. Sebagai contoh “budi bahasa budaya kita”. Hal ini menggambarkan bahasa yang indah dan mempunyai nilai-nilai murni.

Melalui aspek kesantunan berbahasa juga melambangkan kehalusan budi, kesopanan dan menggambarkan tingkah laku penutur. Tingkah laku penutur dapat dicerminkan dari sikap serta cara percakapan. Sekiranya seseorang penutur bercakap dalam keadaan megah, masyarakat sekeliling akan menggambarkan penutur tersebut sebagai seorang yang bongkak dan sombong.
Sehubungan dengan itu, kesantunan berbahasa juga dapat memupuk kesedaran warganegara yang mengambil emeh dalam aspek pertuturan. Sebagai contoh, golongan remaja bertutur tanpa adab dan sopan santun. Secara tidak langsung, ia menjejaskan imej sesebuah negara.

Sistem panggilan yang melibatkan kerabat diraja terbahagi kepada dua iaitu sistem kekeluargaan dan sistem kata ganti nama diri. Sistem kekeluargaan merujuk kepada penggunaan kata ganti nama diri seharian. Hal ini berbeza dengan penggunaan kata ganti nama diri. Sistem ini di bahagikan pula kepada tiga bahagian iaitu kata ganti nama diri pertama, kata ganti nama diri kedua serta kata ganti nama diri ketiga.
Melalui sistem kekeluargaan , penggunaan kata ganti nama diri digunakan mengikut gelaran. Sebagai contoh, anakanda, ayahanda, bonda, kakanda serta adinda. Sistem ini berbeza dengan panggilan seharian golongan rakyat biasa. Contohnya panggilan ayah, emak, kakak serta adik.
Sistem kata ganti nama diri yang pertama ialah penggunaan “beta” dan “patik”. Kata ganti nama pertama berbeza cara pemakaiannya walaupun melibatkan orang yang pertama. Beta digunakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Agong, Sultan, Sultanah serta Tengku Ampuan apabila bertutur dengan golongan rakyat biasa. Istilah “patik” pula merujuk kepada rakyat jelata apabila hendak bertutur dengan golongan diraja.
Sistem kata ganti nama diri yang kedua ialah “Tuanku”. Kata ganti nama diri “Tuanku” digunakan oleh rakyat biasa apabila bertutur dengan raja dan merujuk kepada raja yang berkenaan.
Selain itu, kata ganti nama diri ketiga pula ialah , “Tuanku, Duli Tuanku, Duli Yang Maha Mulia serta Baginda”.  Kata ganti nama diri ini merujuk kepada Raja atau Permaisuri apabila bercakap dengan orang lain. Manakala, “Tuan Hamba” digunakan oleh Raja atau Permaisuri kepada orang bawahan yang dilawan bercakap.


CONTOH

  

KESIMPULAN
Kesimpulannya dengan mengamalkan kesantunan berbahasa ketika berkomunikasi, kita akan digolongkan sebagai ahli masyarakat yang peramah, bertimbang rasa, berfikiran positif, mengamalkan sikap toleransi, bersopan santun, jujur dengan tetamu, bermoral dan baik hati. Ini secara tidak langsung kita akan mengekalkan peribadi yang mulia sekaligus menonjolkan peribadi bangsa yang lemah lembut dan tinggi peradaban. Penggunaan bahasa Melayu yang santun dikaitkan dengan tanggapan dan konsep ‘reti bahasa’. Kata pepatah Melayu, ``Yang tua dihormati, yang muda disayangi”.

RESOURCES



KEPERIHATINAN SOSIAL

KEPERIHATINAN SOSIAL

Walaupun dalam nada yag berbeza-beza, rungutan terhadap sikap apati sebahagian manusia terhadap isu-isu sosial sering kedengaran. Kalangan pelajar sendiri apabila dihadapkan dengan persoalan ini, acapkali terpinga-pinga mencari jawapan. Selaku golongan yang bakal mewarisi kepemimpinan dalam pelbagai bidang kehidupan, kita perlu memahami masyarakatnya. Untuk itu, perlu ada keprihatinan atau kepekaan terhadap isu-isu dan masalah masyarakat. Tanpa keprihatinan sosial yang dipupuk di universiti dan pusat-pusat mengajian tinggi bagaimana mungkin mereka dapat memainkan peranan selaku pemimpin dan menangani pelbagai masalah masyarakat? Hujah yang mengatakan bahawa keprihatinan sosial akan terbentuk apabila mereka memegang jawatan dan menjalankan tugas masing-masing nanti adalah suatu hujah yang simplistic. Memang sesiapa sahaja mudah mengatakan bahawa jawatan yang dipegang dan tugas-tugas yang dilaksanakan merupakan suatu manifestasi keprihatinan dan tanggungjawab sosialnya walaupun hakikatnya dia mungkin “bekerja cari makan”. Keprihatinan sosial penting kerana sikap ini merupakan intipati dan asas kehidupan bermasyarakat. Keprihatinan sosial semakin penting ketika berlaku proses pemodenan atau perubahan pesat yang turut menghakis nilai-nilai utama (core values) dan amalan kolektif (tradisional) masyarakat. Terdapat pelbagai aspek yang ada didalam keperihatinan sosial antaranya ialah dari segi aspek agama, aspek bahasa, spek adat resam, aspek pakaian dan juga aspek kegiatan ekonomi.


Aspek Agama
Islam ialah agama yang mementingkan perpaduan dan hubungan baik antara manusia. Pada peringkat awal dalam sejarah perjuangan Nabi Muhammad SAW, Baginda telah meletakkan perpaduan sebagai asas dalam pembentukan masyarakat. aspek perpaduan dapat dilihat ketika Rasulullah SAW membuat satu perjanjian yang dikenali  sebagai Piagam Madinah untuk mendirikan sebuah Negara yang menjadi pelindung kepada rakyat. Inti sari Piagam Madinah adalah seperti Kaum Yahudi hendaklah hidup berdamai dengan kaum Muslimin,kedua-dua pihak bebas mengamalkan ajaran masing-masing. Seterusnya, Kaum Muslimin dan Yahudi wajib mempertahankan kota Madinah daripada serangan musuh dan berkerjasama melawan sesiapa sahaja yang memerangi mereka dan perdamaian dengan pihak lain hendaklah mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak. Selain itu, Sesiapa yang tinggal di luar kota Madinah akan dilindungi kecuali orang yang zalim dan bersalah. Akhir sekali, Sekiranya timbul perselisihan antara kaum Yahudi dengan Muslim, maka penyelesaiannya hendaklah dirujuk kepada Allah SWT (al-Kitab) dan Rasulullah SAW yang merupakan pemimpin umum penduduk Madinah.

  



 

Aspek Bahasa
pendidikan bermula bersama-sama dengan wujudnya manusia selaras dengan hakikat bahawa bahasa merupakan unsur yang dimiliki manusia sejak zaman Nabi Adam a.s. Keunggulan berbahasa telah diajar oleh Rasullah SAW, di mana Baginda menjelaskan bahawa sesuatu komunikasi bergantung kepada yang berikut seperti  Makna terhadap kata-kata yang diucapkan. Kata-kata yang keluar daripada mulut seseorang tidak terkecuali untuk dihisab atau dikira oleh Allah SWT dan setiap ucapan mempunyai kesannya. Oleh itu. Lidah perlulah dijaga supaya tidak mendatangkan keburukan dalam hidup bermasyarakat. Sebagai contoh, kita perlulah menjaga adab dan bahasa kita kerana apa sahaja yang keluar dari mulut kita mencerminkan peribadi kita.

  
Aspek Adat Resam
Ketinggian peribadi dan keunggulan masyarakat bergantung kepada keupayaan mereka menghormati orang lain serta budaya mereka. Insan yang terhormat ialah orang yang menghormati adat resam dan kesopanan dalam kehidupan bermasyarakat, kepercayaan, tradisi dan adat istiadat orang lain. Sebagai contoh, dalam ajaran Islam, seseorang itu digalakkan agar sentiasa menghomati tetamu sehinggakan menjadi kewajipannya untuk menyediakan ruang rehat dan layanan yang baik,makanan yang cukup serta menghantar mereka pulang dengan perasaan yang gembira.


Aspek Pakaian
Islam secara jelas telah menggariskan panduan untuk umat Islam dalam tatacara berpakaian. Antara adab-adab berpakaian yang terdapat dalam Islam adalah seperti Lelaki tidak dibenarkan memakai pakaian daripada sutera. Seterusnya, Pakaian tidak melebihi buku tali. Pada dasarnya, larangan ini adalah kerana menghindar daripada perasaan takbur dan riak. Khusus bagi wanita hendaklah menutup tumitnya atau melabuhkan pakaiannya. Selain itu, Digalakkan memakai pakaian berwarna putih kerana kelihatan bersih, namun seseorang itu masih boleh memakai pakaian yang berwarna lain dan lelaki tidak dibenarkan memakai pakaian wanita dan begitu juga sebaliknya.


Aspek Kegiatan Ekonomi
Perniagaan atau kegiatan ekonomi merupakan satu usaha murni dalam memenuhi keperluan kehidupan individu serta masyarakat terutamanya dalam masyarakat Islam. Antara etika dan adab perniagaan atau bermuamalah dalam Islam adalah seperti Peniaga atau pengusaha perlu beriman, bertakwa, memiliki ilmu dan kemahiran dalam bidang yang diceburi, amanah dan dedikasi. Selain itu, bahan perniagaan mesti baik, halal, berkualiti dan mendatangkan manfaat. Setrusnya, Mengurus perniagaan secara adil, jujur dan mengikut syariat Islam dan juga Sumber kewangan yang halal. Akhir sekali, Matlamat perniagaan adalah untuk membina masyarakat bahagia dan diredai Allah.


 
Kesimpulan yang dapat dirumuskan dalam keperihatinan sosial ialah keperihatinan sosial sejak awalnya sudah wujudkan untuk meneroka dan menyebar ilmu, menjadi medan perbahasan dan pertembungan pelbagai gagasan dan pemikiran, memupuk dan mengembangkan daya intelektual serta menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat. Malahan, apa yang dikatakan kecemerlangan dan keunggulan negara terletak pada taraf keperihatianan sosial yang tinggi. Di sinilah keprihatinan sosial itu diperlukan kerana ia memberi makna kepada kewujudanya tengah-tengah masyarakat. Jika universiti dapat diibaratkan sebagai tanah subur maka keprihatinan sosial pula benih-benih yang wajar bercambah untuk memanfaatkan pelajar dan masyarakat sekitarnya.



Sunday, March 12, 2017

PERGAULAN BEBAS

PENDAHULUAN
Pergaulan bebas adalah salah satu kebutuhan hidup dari makhluk manusia sebab manusia adalah makhluk sosial yang dalam kesehariannya membutuhkan orang lain, dan hubungan antara manusia dibina melalui suatu pergaulan (interpersonal relationship). Jadi pergaulan antara manusia harusnya bebas, tetapi tetap mematuhi norma hukum, norma agama, norma budaya, serta norma bermasyarakat. Jadi, kalau secara medis kalau pergaulan bebas namun teratur atau terbatasi aturan-aturan dan norma-norma hidup manusia tentunya tidak akan menimbulkan ekses-ekses seperti saat ini. Pergaulan bebas juga sering didefinisikan sebagai melencengnya pergaulan seseorang dari pergaulan yang benar.Pergaulan bebas diidentikan sebagai bentuk dari pergaulan diluar batas atau bisa juga disebut pergaulan liar.Padahal sebenarnya suatu pergaulan bebas bisa membawa pengaruh positif atau pun pegaruh negatif tergantung pada individu itu sendiri.

ISI HURAIAN

Sebenarnya pertemuan antara laki-laki dengan perempuan tidak haram, melainkan jaiz (boleh). Bahkan, hal itu kadang-kadang dituntut apabila bertujuan untuk kebaikan, seperti dalam urusan ilmu yang bermanfaat, amal saleh, kebajikan, perjuangan, atau lain-lain yang memerlukan banyak tenaga, baik dari laki-laki maupun perempuan.
Namun, kebolehan itu tidak bererti bahawa batas-batas diantara keduanya menjadi lebur dan ikatan-ikatan syar`iyah yang baku dilupakan. Kita tidak perlu menganggap diri kita sebagai malaikat yang suci yang dikhawatirkan melakukan pelanggaran, dan kita pun tidak perlu memindahkan budaya Barat kepada kita. Yang harus kita lakukan ialah bekerja sama dalam kebaikan serta tolong-menolong dalam kebajikan dan takwa, dalam batas-batas hukum yang telah ditetapkan oleh Islam.

  Batas-batas hukum tersebut antara lain. Menahan pandangan dari kedua belah pihak.
Ertinya, tidak boleh melihat aurat, tidak boleh memandang dengan syahwat, tidak berlama-lama memandang tanpa ada keperluan. Allah berfirman: Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman, Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.` Katakanlah kepada wanita yang beriman, Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. ..`(an-Nur: 30-31)

Selain itu, Pihak wanita harus mengenakan pakaian yang sopan yang dituntunkan syara iaitu pakaian yang menutup seluruh tubuh selain muka dan telapak tangan. Jangan yang nipis dan jangan dengan potongan yang menampakkan bentuk tubuh.
Allah berfirman:
`… dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa tampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya …` (an-Nur: 31 ) Diriwayatkan dari beberapa sahabat bahawa perhiasan yang biasa tampak ialah muka dan tangan. Allah berfirman mengenai sebab diperintahkan- Nya berlaku sopan: `… Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu …` (al-Ahzab: 59). 

Dengan pakaian tersebut, dapat dibezakan antara wanita yang baik-baik dengan wanita nakal. Terhadap wanita yang baik-baik, tidak ada laki-laki yang suka mengganggunya, sebab pakaian dan kesopanannya mengharuskan setiap orang yang melihatnya untuk menghormatinya.

Seterusnya mematuhi adab-adab wanita muslimah dalam segala hal, terutama dalam pergaulannya dengan laki-laki. Dalam perkataan, harus menghindari perkataan yang merayu dan membangkitkan rangsangan. Allah berfirman: Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik.` (al-Ahzab: 32) Dalam berjalan, jangan memancing pandangan orang. Firman Allah : Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. ..` (an-Nur: 31). Dalam gerak, jangan berlenggak-lenggok, seperti yang disebut dalam hadits:Iaitu) wanita-wanita yang menyimpang dari ketaatan dan menjadikan hati laki-laki cenderung kepada kerusakan (kemaksiatan) .(HR Ahmad dan Muslim) Jangan sampai ber-tabarruj (menampakkan aurat) sebagaimana yang dilakukan wanita-wanita jahiliah dulu atau pun jahiliah modern.

Akhir sekali, menjauhkan diri dari bau-bauan yang harum dan warna-warna perhiasan yang seharusnya dipakai di rumah, bukan di jalan dan di dalam pertemuan-pertemuan dengan kaum laki-laki.


KESIMPULAN

Kesimpulannnya permasalahan ini maka seharusnya kita sebagai pemuda islam yang berpendidikan haruslah mengetahui dampak dan akibat dari pergaulan bebas sehingga kita tidak akan terjerumus dalam tindakan yang dilarangan oleh agama islam. Pergaulan bebas dalam kehidupan bermasyarakat memang bukan hal yang asing lagi karena setiap hari para remaja sudah melakukan hal tersebut. Untuk mencegah hal itu maka haruslah ditanamkan pengetahuan tentang bahayanya pergaulan bebas karena dampak dari pergaulan bebas ini akan dirasakan oleh berbagai macam pihak seperti keluarga, masyarakat, dan yang lebih menyesali atas tindakannya tersebut adalah dirinya sendiri. Untuk menumbuhkan kesadaran akan bahayanya pergaulan bebas maka para remaja haruslah diberikan pendidikan mengenai dampak pergaulan bebas dan memberikan pendidikan kerokhanian agar mereka sadar tentang apa yang saat ini sedang terjadi.

CONTOH




       

RESOURCES



HIBURAN MELAMPAU


PENDAHULUAN

Era globalisasi kini mampu melahirkan remaja yang berakhlak dan bermoral bagi mencerminkan masa hadapan Negara yang maju dan harmoni.Namun di zaman yang semakin maju dan canggih ini, Kadangkala kita alpa tentang persekitaran sekeliling yang telah mengalami banyak perubahan ke arah kemajuan seiring dengan kemajuan di negara-negara maju, seperti di Malaysia, perubahan-perubahan yang besar ini telah memberi banyak impak positif dari segi ekonomi, pembangunan, perindustrian, pelaburan, perbankan, pertanian dan sebagainya.Tetapi bagaimana pula dengan tahap sosial masyarakat negara terutama remaja di mana mereka inilah yang akan memacu pembangunan negara pada masa akan datang.

Kebelakangan ini terlalu banyak diperkatakan isu yang berkaitan dengan masalah sosial yang melibatkan remaja. Perlakuan sosial yang negatif dalam bentuk devian sosial tidak seharusnya merupakan satu petunjuk ke atas kelemahan masyarakat untuk membudayakan pembangunan secara positif yang berteraskan prinsip dan nilai-nilai murni kemanusiaan serta agama.

Justeru kita lihat, keruntuhan akhlak dikalangan remaja sebagai tunggak masa hadapan Negara kini semakin meningkat.Gelaja sosial semakin berleluasa, keselamatan benda awam terjejas, kesejahteraan ummat juga tidak terkawal.Secara terperincinya, pelbagai faktor yang menyebabkan kekurangan moral dan keruntuhan akhlak dikalangan remaja, salah satunya adalah disebabkan “hiburan yang melampau”.Hal ini boleh digambarkan dengan pelbagai adegan yang berlaku pada masyarakat kita hari ini.


HURAIAN ISI
Hedonisme ialah pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup.Sedar atau pun tidak, secara sengaja atau pun kebetulan, budaya hedonisme initelah mula menular masuk sekian lama dalam kehidupan masyarakat Islam diMalaysia terutamanya dikalangan muda mudi. Golongan hedonisme mengambil kira bagaimana tindakannya boleh memberi kesan terhadap keseronokkan dan kegembiraan dalam kehidupan sama ada pada masa kini atau akan datang. Oleh itu, tugas mereka yang utama adalah meningkatkan kadar pengalaman yang menyeronokkan dan mengurangkan kadar ketidakselesaan seperti kesakitan, kesedihan dan kekecewaan.Salah satu faktor penting yangmenyumbang kepada berlakunya fenomena ini ialah realiti media massa samaada media cetak atau media elektronik yang memberikan peruntukan yang sangatbanyak kepada aspek hiburan,.Selain itu, hedonisme terhasil akibat daripada keruntuhan dan kurangnya keperihatinan dalam institusi kekeluargaan dan kejiranan. Ia bukan sahaja boleh terjadi dalam keluarga yang berantakan, tetapi juga dalam keluarga yang berjaya.


  Anak-anak muda merasakan tiada sokongan dan pemahaman dari keluarga terhadap jiwa dan trend dunia mereka. Jiwa ‘rebel’ mereka memilih cara hidup hedonisme sebagai sub budaya untuk mengisi kekosongan jiwa melalui pengaruh dan tekanan rakan sebaya (peer pressure) tanpa mereka sendiri sedari. Akhirnya ada yang sanggup menipu ibu bapa dengan meminta izin untuk tidur di rumah kawan, sebaliknya pergi berhibur di tempat-tempat lain


KESIMPULAN

Hiburan adalah perbuatan, aktiviti dan sebagainya bertujuan untuk menghiburkan, menyenangkan, mententeramkan hati dan diri, itulah pentakrifan secara umum tentang hiburan. Sekiranya kita melihat kepada negara kita Malaysia khursusnya, hiburan telah berkembang luas dan telah mengambil tempat yang cukup luas dalam cabang sosial. Kita juga dapat melihat perkembangan dalam media massa tidak kira media cetak dan media elektronik. Perkara inilah yang mendatangkan kebimbangan dalam kalangan umat islam di Malaysia.Tidak dinafikan terdapat perbincangan yang cukup panjang lebar dikalangan para ilmuan Islam mengenai apakah hiburan itu bolehkan ataupun tidak, bukan tujuan artikel ini untuk membincangkan mahupun membahaskan perbincangan tersebut, tetapi kesimpulan yang dapat dibuat terdapat sebilangan para ilmuan mengambil tindakkan yang berhati-hati dengan tidak mengharuskan apa hiburan berserta berhujah dan dalil yang tersendiri. Tetapi perkara yang dijadikan fokus adalah berkenaan hiburan yang terlampau, hiburan seperti disepakati akan keharamannya dan larangan untuk umat islam menyertainya. Kerana perbuatan ini tidak mendatangkan manfaat, bahkan sia-sia dan membawa keburukan, bukan islam menggalakan umatnya menjauh diri daripada perkara sia-sia dan perkara yang mendatangkan kecelakaan. Sekirannya diamati hiburan terlampau datangnya dari pengaruh golongan kafir dan yang yang jauh dari tuhan dan mencari jalan untuk mengembirakan diri dengan hiburan, juga ianya sebagai agenda untuk merosakkan akidah umat islam dan apa yang lebih membimbangkan adalah merosakkan akidah umat islam. Melihat dari kajian pelbagai pihak bahawa hiburan seperti ini secara terang-terangan membawa keruntuhan akhlak umat islam, juga mendorong kepada masalah sosial. Dapat kita buktikan dengan isu-isu yang berlaku baru-baru ini seperti kes pembuangan bayi yang sudah tentu berpunca dari perbuatan zina, kes yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah, minum arak dan sebagainya. Semua ini berpunca dari hiburan yang tidak terkawal walaupun sebahian orang melihatnya kecil contoh menonton rancangan realiti di kaca tv, ramai dikalangan masyarakat beranggapan ia sebagai perkara biasa, tetapi malangnya mereka tidak mengetai aplikasinya terhadap moral dan akhlak. Antara keburukkan lain adalah unsur-unsur khurafat dan syirik dalam sesetengah hiburan, juga campur gaul antara lelaki dan perempuan, pendedahan aurat dan sebagainya.


CONTOH HIBURAN MELAMPAU



RUJUKAN